Kisah Kejayaan Kedai dan Klinik Panel Kasih Ibu Perlis
Membantu perniaga kecil untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui program ini.
“Harapan supaya program KIP diteruskan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan disamping dapat membantu usahawan seperti saya bagi menambah keuntungan pendapatan perniagaan runcit.”
DNUR MART ENTERPRISE (ZALILAH BINTI A.RAHMAN)
Lorong Lubok Besar Ulu, Bukit Keteri
Pencapaian setelah menyertai program ini:
Program KIP amat membantu dalam menaikkan jualan dan meningkatkan pendapatan kedai.
Setiap hari kedai dikunjungi pelanggan.
Penambahan stok barang keperluan selepas kedai dilantik sebagai panel KIP.
“Harapan saya supaya program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana banyak maafaatnya kepada penerima dan usahawan di Perlis”
KARIM GROUP SDN BHD (PASARAYA KARIM ARIF & SONS)
Kampung Surau, Kangar
Pencapaian setelah menyertai program ini:
Menerima ramai pelanggan dalam kalangan penerima KIP sejak hari pertama program ini dilaksanakan.
Penggunaan sistem cashless banyak membantu dan memudahkan dalam urusan pengurusan kewangan.
“Pelaksanaan program ini bukan sahaja membantu golongan kurang berkemampuan, tetapi membantu juga usahawan seperti saya menambahkan pelanggan tetap dan meningkat pendapatan perniagaan runcit.“
SUPER GMART MINI MARKET (ZALEHA BINTI ZAKARIA)
Kampung Baru, Padang Besar
Pencapaian setelah menyertai program ini:
Penambahan pelanggan tetap melalui penerima KIP.
Dapat menjana pendapatan tambahan melalui pelaksanaan KIP.
“Pelaksanaan program KIP ini amat baik dan wajar diteruskan untuk membantu golongan tidak berkemampuan di negeri Perlis.“
KLINIK FAIZAH (BESERI)
Balai Baru, Beseri
Pencapaian setelah menyertai program ini:
Sebelum KIP kurang mendapat kunjungan pelanggan.
Dapat menjana pendapatan tambahan kepada klinik dan membantu golongan yang tidak berkemampuan membuat rawatan di sini.