ARAU, 15 Disember 2021 – Seramai 464 wanita mewakili keluarga di Parlimen Arau, Perlis telah menerima kad Kasih Ibu Perlis (KIP) Fasa 2 bagi tahun 2022.
Terima kasih diucapkan kepada YB Tuan Nurulhisham bin Yaakob, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis merangkap ADUN Simpang Empat; YB Tuan Mohd Riduan Hashim, ADUN Guar Sanji; YB Tuan Mohd Shukri Ramli, ADUN Sanglang dan Puan Maznah Musa, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perlis (ICU) kerana sudi melawat ke sesi pengagihan kad KIP di Dewan UniMAP Kampus Kubang Gajah, Arau, Perlis.
Penerima KIP juga diperkenalkan dengan program-program modal insan NCER seperti empowerNCER dan JomNiaga@NCER sebagai peluang untuk menjana pendapatan tambahan dan meningkatkan kualiti hidup keluarga mereka.