KANGAR, 14 Disember 2021 – Seramai 351 wanita mewakili keluarga di Parlimen Kangar, Perlis telah menerima kad Kasih Ibu Perlis (KIP) Fasa 2 bagi tahun 2022.
Terima kasih YAB Dato’ Seri Azlan Man, Menteri Besar Perlis kerana sudi melawat ke sesi pengagihan kad KIP yang telah berlangsung di Dewan Residensi.
Penerima KIP juga diperkenalkan dengan program-program modal insan NCER seperti empowerNCER dan JomNiaga@NCER sebagai peluang untuk menjana pendapatan tambahan dan meningkatkan kualiti hidup keluarga mereka.