BESERI, 16 Disember 2021 – Seramai 341 wanita mewakili keluarga di Parlimen Padang Besar, Perlis telah menerima kad Kasih Ibu Perlis (KIP) Fasa 2 bagi tahun 2022.
Terima kasih diucapkan kepada YB Tuan Teh Chai Aan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis merangkap ADUN Titi Tinggi, YB Tuan Azizan Sulaiman, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis merangkap ADUN Santan, YB Puan Asmaiza Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis merangkap ADUN Chuping; YB Puan Siti Berenee Yahaya, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis merangkap ADUN Mata Ayer kerana sudi melawat ke sesi pengagihan kad KIP di Dewan KEMAS Alor Tampang, Beseri, Perlis.
Penerima KIP juga diperkenalkan dengan program-program modal insan NCER seperti empowerNCER dan JomNiaga@NCER sebagai peluang untuk menjana pendapatan tambahan dan meningkatkan kualiti hidup keluarga mereka.